fbpx

Terbuka China: Dua beregu campuran kempunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAN JIE dan Ee Wei terpaksa akur gagal mara ke pentas final Terbuka China selepas tewas kepada Gicquel-Delrue semalam.

HASRAT dua beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing untuk membuat perhitungan sesama sendiri pada final Terbuka China tidak kesampaian selepas kedua-dua pasangan tewas di separuh akhir.

Tang Jie-Ee Wei, No.11 dunia, akur gagal melangkah ke final keempat mereka pada tahun ini selepas tewas straight-set 16-21, 13-21 kepada ranking kelapan dunia dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue di Changzhou semalam.

Ia sekali gus menafikan impian mereka berdua untuk menambah koleksi kejuaraan selepas menjuarai tiga gelaran tahun ini iaitu Cabaran Antarabangsa Iran Fajr (Januari), Orlean Masters (April) dan Terbuka Taipei pada Jun lalu.

Nasib sama turut menimpa Kian Meng-Pei Jing yang terdesak untuk merasai pentas final sejak menjuarai Terbuka Korea pada April 2022, sekali gus mengubati kekecewaan terhadap prestasi buruk mereka sepanjang tahun ini.

Pasangan yang pada mulanya berada dalam kelompok 10 teratas dunia sebelum kini jatuh ke No. 23 dunia itu, tewas di peringkat awal dalam 14 kejohanan disertai termasuk Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark bulan lalu.

Bagaimanapun, Kian Meng-Pei Jing seperti sudah kembali menemui tahap sebenar apabila mara ke separuh akhir sebelum dikecewakan oleh juara dunia dari Korea Selatan, Seo Seung-jae dan Chae Yoo-jung 19-21, 11-21.

“Kami banyak tewas, tetapi kami belajar daripada setiap kekalahan ini. Inilah hasilnya (mara ke separuh akhir kali pertama tahun ini),” kata Pei Jing.

Kedua-dua beregu negara yang turut berada dalam program Road to Gold (RTG) menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, berpeluang menebusnya apabila turun menghadapi Terbuka Hong Kong bermula 12 hingga 17 September ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI