fbpx

Seorang wanita maut, enam cedera kemalangan enam kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita maut dan enam cedera dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan Bukit Minyak/Sungai Bakap, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang wanita maut manakala enam cedera dalam nahas jalan raya yang membabitkan dua treler dan empat buah kereta di Kilometer (KM) 164.8, Lebuh Raya Utara-Selatan di Bukit Minyak/Sungai Bakap, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dalam kereta yang dia naiki.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal, Abd Syukur@Mohd. Ilhami Musa berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 4.30 pagi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika bomba sampai di lokasi, beberapa orang didapati berada dalam keadaan tersepit dalam kenderaan yang terlibat.

“Kemalangan itu juga menyebabkan salah sebuah treler iaitu yang membawa muatan kayu telah terbalik dan melintangi jalan.

“Keseluruhan mangsa terlibat dalam nahas terbabit ialah seramai 21 orang manakala 14 daripada mereka termasuk dua pemandu treler terbabit terselamat,” katanya di sini, pagi ini.

Keadaan kenderaan terbabit kemalangan di dua treler dan empat buah kereta di Kilometer (KM) 164.8, Lebuh Raya Utara-Selatan di Bukit Minyak/Sungai Bakap, pagi tadi.

Jelasnya, kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dilakukan dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang tersepit dan berjaya dikeluarkan turut dihantar ke hospital tersebut untuk menerima rawatan. Mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk proses bedah siasat.

“Ketika ini, operasi menyelamat masih lagi di jalankan bagi memastikan tiada lagi kenderaan atau mangsa yang tertimbus di bawah longgokkan kayu yang dibawa oleh treler,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI