fbpx

Saman? Azhar Sulaiman nak bantu Marissa Dania

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKTOR Azhar Sulaiman ingin membantu anak pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim sekiranya ingin mendapatkan bantuan dari segi perundangan.

PETALING JAYA – Susulan isu membabitkan Marissa Dania Hakim, Azhar Sulaiman secara terbuka mempelawa pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi menghubunginya jika ingin mendapatkan bantuan dari segi perundangan.

Aktor merangkap arkitek terbabit turut menitipkan kata-kata positif buat ibu bapa kepada pempengaruh media sosial berusia 18 tahun itu dengan mengatakan setiap keluarga mempunyai ujian masing-masing.

“Kepada Norman dan Abby. Tiada ibu bapa yang tidak diuji oleh Allah SWT.

“Setiap keluarga ada ujiannya yang berbeza dan tersendiri. Kalau kita belum diuji, tunggulah masa kamu semua nanti.

“Tolong hubungi saya jika kamu berdua perlukan bantuan perundangan okay? Saya sayang kamu berdua,” tulisnya dalam Facebook.

Sejak semalam hangat kontroversi mengenai anak kepada bintang drama Gerak Khas itu apabila didakwa menjadi punca kemusnahan rumah tangga satu pasangan suami isteri.

Susulan daripada pendedahan seorang wanita dipercayai isteri kepada lelaki yang didakwa kekasih Marissa, netizen melemparkan komen kasar di akaun Instagram Norman dan isterinya, Memey Suhaiza serta Abby.

Biarpun gadis tersebut sudah memuat naik kenyataan mengenai situasi dihadapi, kecaman masyarakat masih membanjiri laman sosial termasuk meminta aktor berkenaan membawa anaknya menjalani pemeriksaan doktor sebagai bukti bersih daripada tuduhan ‘check-in’ di sebuah hotel.

Terdahulu, pelakon Abang 92 itu antara selebriti yang teruk menghadapi kritikan pedas netizen kerana kurang senang terhadap tindakan anaknya, Kasih Iris Leona sama ada dari segi pemilihan pakaian mahu pun sikapnya apabila didakwa terlampau terbuka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI