PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir dan hujan lebat di beberapa buah negeri, petang ini.
Menurut hantarannya di laman Facebook, ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Terengganu dan Pahang.
“Bagi Kedah, Perak, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor cuaca sama diramal di satu dua tempat di kawasan pedalaman,” katanya dalam hantaran sama.
Tambah MetMalaysia, di Sabah, ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat iaitu di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat dan tiada hujan dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan.
“Di Sarawak pula, ribut petir diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE