fbpx

PRK: Rakyat mula yakin dengan usaha Kerajaan Perpaduan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi di laman Facebook Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA – Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemenangan PH-BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dan Parlimen Pulai semalam adalah perkembangan positif buat Kerajaan Perpaduan.

Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, sokongan itu juga menunjukkan bahawa rakyat yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.

“Keputusan ini ternyata suatu perkembangan yang positif bagi Kerajaan Perpaduan dalam memastikan agenda pembangunan dan ekonomi rakyat dapat terus dijayakan.

“Penghargaan saya buat semua pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara,” tulisnya di laman Facebook semalam.

Pada masa sama, Anwar turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua calon PH-BN yang berjaya mengekalkan kedua-dua kawasan tersebut.

“Tahniah saya ucapkan kepada saudara Suhaizan Kayat dan Nazri Abdul Rahman yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! semalam melaporkan PH-BN berjaya mengekalkan penguasaan di Parlimen Pulai apabila calonnya, Suhaizan Kayat, disahkan menang di kerusi berkenaan dengan majoriti 18,641.

Manakala, bagi DUN Simpang Jeram, calon PH-BN, Nazri Abdul Rahman turut melakar kejayaan apabila meraih 13,844 undi menewaskan calon Perikatan Nasional, Dr. Mohd Mazri Yahya yang mendapat 10,330 undi, manakala S Jegananthan mewakili Bebas hanya meraih 311 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI