fbpx

Polis serbu kelas yoga disangka pembunuhan beramai-ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pejalan kaki membuat laporan polis selepas melihat sekumpulan peserta kelas yoga berbaring di lantai. - John Angelillo/UPI

LONDON – Polis di Britain bergegas ke sebuah kawasan perumahan selepas menerima laporan daripada penduduk yang menyangka aktiviti meditasi semasa kelas yoga sebagai kejadian pembunuhan beramai-ramai. 

Agensi berita United Press International (UPI) melaporkan, pemilik Kafe Seascape di perkampungan Chapel St. Leonards memperincikan kejadian itu dalam sebuah hantaran di Facebook.

“Jika sesiapa mendengar bunyi siren polis di Chapel St. Leonard sekitar pukul 9.30 malam (waktu tempatan) semalam (kelmarin), sila jangan takut.

“Mereka dalam perjalanan ke Balai Cerap Laut Utara selepas seseorang melaporkan kes pembunuhan beramai-ramai di bangunan kami kerana melihat peserta yoga bermeditasi di lantai.

“Orang awam yang dihormati, sila ambil perhatian bahawa Balai Cerap kami mengadakan banyak kelas yoga pada waktu malam. Kami bukan sebahagian daripada mana-mana kultus gila,” demikian menurut hantaran itu.

Guru yoga yang mengajar kelas itu, Millie Laws berkata, kesemua pelajarnya telah bersurai sebelum polis tiba di lokasi tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI