fbpx

Himpunan RXZ: Jamal Yunus tidak setuju kekerasan ketika operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tindakan pihak polis menggunakan kekerasan semasa operasi terhadap penunggang motosikal khususnya peserta Himpunan Yama RXZ Members 5.0 di Kuala Terengganu, perlu dihentikan segera.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, polis tidak sepatutnya melayan penunggang motosikal umpama penjenayah tegar atau pengganas.

“Pendekatan kekerasan terhadap mat motor khususnya dari kalangan anak muda boleh mendatangkan bahaya termasuk risiko kemalangan dan sudah tidak relevan lagi.

“Kita memerlukan pendekatan baharu yang lebih berhemah dan bertanggungjawab dalam mendidik mereka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jamal berkata, pihaknya tidak berniat untuk mempertikai usaha penguat kuasa khususnya pihak polis dalam menguatkuasakan undang-undang jalan raya, namun yang ingin diberi perhatian adalah tindakan pihak polis menggunakan kekerasan sehingga boleh mengundang bahaya.

“Pada hemat saya dalam kes mat motor seperti ini, tidak perlulah menggunakan kekerasan terhadap mereka yang melanggar undang-undang jalan raya, memadai dengan menyaman mereka seperti mana peruntukan undang-undang.

“Kita khuatir pendekatan kekerasan seperti yang dilihat tersebut boleh mengundang kepada insiden yang tidak diingini termasuk kemalangan dan risiko kepada pihak polis sendiri,” ujarnya.

Katanya, pihaknya dimaklumkan beberapa orang peserta Himpunan Yamaha RXZ Members 5.0 dari Selangor ada yang mengalami trauma ekoran kekerasan terhadap mereka ketika operasi pihak polis.

“Saya memahami perkara ini, kerana saya juga pernah menjadi mangsa kekerasan pihak penguat kuasa ini semasa remaja ketika menunggang motosikal di ibu negara.

“Oleh itu, saya akan menghantar surat kepada ketua polis negara bagi memohon untuk mengadakan pertemuan serta membantah tindakan kekerasan terhadap mat motor,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI