fbpx

Pengasas syarikat mata wang kripto dijel 11,196 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ozer (tengah) dijatuhi hukuman penjara 11,196 tahun oleh sebuah mahkamah di Ankara, Jumaat lalu. - Gettty Images

ANKARA, Turkiye – Seorang pengasas syarikat mata wang kripto dijatuhi hukuman penjara 11,196 tahun oleh sebuah mahkamah di Ankara, Turkiye selepas didapati bersalah melakukan pengubahan wang haram, penipuan dan jenayah terancang, lapor portal berita MailOnline.

Faruk Faith Ozer, yang merupakan pengasas syarikat Thodex pernah melarikan diri ke Albania pada 2021 menggunakan dana pelabur berikutan kejatuhan perniagaannya. 

Bagaimanapun, selepas polis antarabangsa, Interpol mengeluarkan ‘notis merah’ untuknya, Ozer akhirnya ditemui selepas dua tahun hidup dalam buangan dan dibawa ke Turkiye untuk dibicarakan.

Menurut media tempatan, Ozer dipercayai mencuri dana sehingga AS$2 bilion (RM9.35 bilion) daripada sejumlah pelanggannya sebelum bersembunyi di Albania. Namun, jumlah kerugian yang ditanggung pelabur apabila Thodex muflis tidak dijelaskan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI