fbpx

Nilai baharu rekod perpindahan dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EPL menjadi penyumbang terbesar jumlah keseluruhan nilai perpindahan pada jendela kali ini sekali gus memecahkan rekod yang dicatatkan pada 2019. - AFP

ZURICH – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mendedahkan bahawa keseluruhan nilai perpindahan pada jendela kali ini adalah sebanyak £5.9 bilion (RM34.39 juta) sekali gus merupakan rekod baharu dicatatkan.

FIFA mendapati jumlah yuran perpindahan tersebut yang dilaburkan hanya untuk tempoh 1 Jun hingga 1 September lalu itu berjaya memecahkan rekod yang dicatatkan pada 2019 yang dianggap paling tinggi sebelum ini dengan peningkatan sebanyak 26.8 peratus (%).

Pada musim 2019, perpindahan Joao Felix ke Atletico Madrid dengan nilai £114 juta (RM664.54 juta), Antoine Griezman ke Barcelona – £108 juta (RM629.56 juta), Eden Hazard ke Real Madrid – £89 juta (RM518.80 juta) dan Harry Maguire ke Manchester United – £80 juta (RM466.34 juta) menyumbang kepada jumlah keseluruhan.

Jumlah keseluruhan yang dicatatkan pada jendela perpindahan musim panas 2023 kali ini meningkat sehingga 47.2% berbanding musim lalu selain ia merupakan pertama kali dalam sejarah jumlah perpindahan melibatkan lebih 10,000 pemain di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Perundangan dan Pematuhan FIFA, Emilio Garcia Silvero mendedahkan bahawa Liga Perdana Inggeris (EPL) berada pada kedudukan teratas dalam senarai berkenaan dengan nilai yang jauh mengatasi liga di kedudukan kedua.

“England berada di kedudukan teratas dengan perbelanjaan keseluruhan sebanyak £1.6 bilion (RM9.33 bilion) dengan jumlah pemain baharu yang beraksi di liga mereka adalah seramai 449 pemain, manakala 514 pemain lagi meninggalkan negara itu beraksi di luar.

“Arab Saudi kedua dengan £701 juta (RM4.08 bilion), Perancis £689 juta (RM4.01 bilion), Jerman £611 juta (RM3.56 bilion), Itali £570 juta (RM3.32 bilion) dan Sepanyol £325 juta (RM1.89 juta),” katanya.

Tambahnya, Bundesliga di Jerman menjadi liga yang menerima jumlah bayaran perpindahan yang paling tinggi dengan keseluruhan nilai £890 juta (RM5.18 juta) hasil penghijrahan keluar pemain mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI