fbpx

Muda umum keluar, bakal duduk di blok pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq.

PETALING JAYA – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengumumkan tidak lagi bersama dengan Kerajaan Perpaduan dan akan duduk di blok Pembangkang sebagai kuasa ketiga (third force).

Menurut Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, melalui surat rasmi untuk memberi pertimbangan di bawah Peraturan Mesyuarat 2(2) Peraturan-Peraturan Majlis Dewan Rakyat.

Beliau dalam kenyataannya di Twitter berkata, antara sebab utama keputusan tersebut dilakukan adalah disebabkan keputusan kerajaan baru-baru yang bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-Undang.

“Keputusan Peguam Negara yang telah melepaskan tanpa membebas Datuk Seri Zahid Hamidi terhadap 47 kes pertuduhan tanpa sebarang penjelasan yang menyakinkan telah menimbulkan banyak tanda tanya kepada rakyat secara umum.

“Ini melanggar prinsip kerajaan Madani yang ingin melawan rasuah,” katanya dalam hantaran sama.

Tambahnya, tindakan tersebut memberi gambaran institusi perundangan negara telah dicemari dan kerajaan Perpaduan seolah-olah menormalisasikan budaya rasuah.

“Selain itu, janji-janji reformasi yang dijanjikan sebelum pilihan raya telah banyak diabaikan dengan memberi alasan kerajaan ini kerajaan baharu.

“Namun begitu, Muda akan tetap komited untuk menyokong usaha kerajaan dalam agenda pembangunan negara walaupun berada di blok pembangkang sebagai kuasa ketiga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI