fbpx

Lelaki terkilan, tin terbuang dikumpul untuk membeli gas memasak hilang dicuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi di laman Facebook Irdk Services.

PETALING JAYA – Hasrat seorang lelaki mengumpul tin terbuang untuk dijadikan modal membeli gas memasak tidak tercapai apabila kesemua barangan itu dicuri.

Difahamkan, lelaki tersebut mempunyai penyakit buah pinggang dan tinggal di sebuah kampung di Pasir Mas, Kelantan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Irdk Services, lelaki berkenaan terkilan dengan kejadian itu kerana dia amat mengharapkan duit hasil jualan daripada kutipan tin tersebut.

“Pesakit buah pinggang terkilan stok tin terbuang yang dikumpulnya dicuri orang di Kampung Jenerih Meranti.

“Beliau baru perasan apabila hendak menjual barangan terbuang itu petang tadi untuk digunakan membeli gas memasak yang kehabisan di rumah.

“Sedih kawe (saya) bi penat-penat kumpul tiba-tiba orang curi,” adunya pada penulis melalui WhatsApp malam tadi,” tulis Irdk Services.

Bagaimanapun, menerusi komen pada hantaran tersebut, Irdk Services memaklumkan bahawa sudah ada individu yang bermurah hati yang telah menyampaikan sedikit bantuan kepada lelaki terbabit.

Kata Irdk Services, individu berkenaan juga telah menyampaikan hajat lelaki itu untuk membeli gas memasak di rumahnya.

Susulan perkongsian itu juga, rata-rata pengguna media sosial terkilan dengan perbuatan individu yang mencuri tin tersebut dan berdoa agar mangsa sentiasa dimurahkan rezeki.

“Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan tuan dan melimpah ruahkan rezeki ke atas tuan. Semoga tuan cepat sembuh dari penyakit buah pinggang,” doanya.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Dielah Midi.

“Allahuakbar sampai hati pencuri pun,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI