fbpx

Kanak-kanak alami penyakit tulang rapuh rayu bantuan beli ubat Stemcell

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adik Khayla bersama ibunya ketika menerima lawatan daripada Setiausaha Politik Menteri KDN, Johari Kassim sebelum ini.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan yang mengalami penyakit tulang rapuh atau dikenali sebagai ‘osteogenesis imperfecta’ memerlukan bantuan orang ramai bagi mengumpul dana kira-kira RM47,000 untuk membeli ubat jenis Stemcell.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai adik Khayla yang menetap di Permatang Pauh, Pulau Pinang menghidap penyakit itu sejak dilahirkan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Penang Kini, ibu bapa kanak-kanak tersebut meneruskan kelangsungan hidup dengan meniaga makanan secara kecil-kecilan.

Jelas perkongsian itu, tulang di badan anak istimewa itu sudah lebih dari 50 kali patah.

“Adik Khayla pernah membuat pembedahan dua tahun yang lalu tetapi gagal. Tiada ubat yang mampu menyembuhkan kanak-kanak itu buat masa ini.

“Tetapi ada satu cara boleh menguatkan tulangnya yang rapuh. Iaitu dengan cara menyuntik sejenis ubat cecair yang diberi nama Stemcell,” tulisnya di laman Facebook.

Menurut perkongsian itu lagi, kos ubat Stemcell tersebut sangat mahal harganya dan kanak-kanak itu memerlukan suntikan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

“Kos yang diperlukan untuk membayar ubat Stemcell tersebut berjumlah dalam RM47,000 lagi untuk tahun ini,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh terus menghubungi Puan Khairol Niza, ibu kepada adik Khayla di talian 011-37127515.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI