fbpx

Euro 2024: Rentak Portugal semakin sensasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES meledak gol tunggal perlawanan ketika Portugal mencatat kemenangan ke atas Slovakia awal pagi semalam. - AFP

BRATISLAVA – Pasukan Portugal berjaya meraih kemenangan sempurna pada kempen kelayakan Euro 2024 dengan menewaskan Slovakia 1-0 pada aksi Kumpulan J di Stadium Tehelne Pole awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, pemain sensasi Manchester United, Bruno Fernandes muncul wira pasukan dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan sekali gus menyaksikan Portugal meraih lima kemenangan berturut-turut dan memimpin carta Kumpulan J ketika ini.

Menurut Fernandes, perlawanan yang diharungi kali ini cukup sukar memandangkan Slovakia memiliki kualiti yang baik terutama dalam aspek pertahanan.

“Ini adalah ujian sebenar buat kami kerana pasukan tuan rumah pamerkan aksi yang bagus dengan bertahan sepanjang perlawanan. Pasukan kita terpaksa bersabar ketika menguasai bola dalam mencari ruang dan peluang untuk menjaringkan gol.

“Apa yang pasti, saya tidak mahu keputusan ini membuatkan kami mendabik dada kerana apa sahaja boleh berlaku pada baki perlawanan nanti.

“Namun, sasaran pasukan adalah jelas yang mana kami mahu teruskan rekod sempurna ini dan layak secara automatik ke kejohanan Euro tahun depan,” kata pemain berusia 29 tahun itu.

Pengendali Portugal, Roberto Martinez dilihat terpaksa merombak pasukan apabila memberi ruang buat pertahanan muda, Antonio Silva digandingkan dengan Ruben Dias selepas pemain berpengalaman, Pepe mengalami kecederaan.

Kapten pasukan, Cristiano Ronaldo turut membuat penampilan ke-201 antarabangsa tetapi gagal menjaringkan gol kali ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI