fbpx

EPL: Giggs sokong Sheikh Jassim ambil alih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAHAM United merudum sehingga 21 peratus minggu lalu ketika berita mengenai Keluarga Glazer menarik semula keputusan untuk menjual pemilikan kelab tersebut. - AFP

MANCHESTER – Legenda Manchester United, Ryan Giggs menggesa urusan pertukaran pemilikan kelab itu segera diselesaikan kerana kemelut berkenaan dilihat mula memberi kesan besar kepada prestasi pasukan berkenaan dalam saingan.

Keluarga Glazer yang menjadi pemilik kelab itu sejak 2005 mengumumkan pada November tahun lalu bersedia menjual kelab itu sehingga menarik minat taikun Qatar, Sheikh Jassim dan bilionair dari British, Sir Jim Ratcliffe.

“Saya juga berfikir seperti yang lain. Sebagai peminat kelab ini, kami berharap proses ini (pertukaran pemilikan) dapat segera diselesaikan segera. Jika benar kelab ini mahu dijual, biarkan ia selesai.

“Kami tidak memenangi perlawanan ataupun trofi dan ia hanya menambah tekanan kepada pengurus dan para pemain dengan apa yang berlaku di luar padang. Secara jelas, ia memberikan impak yang kurang baik untuk prestasi pasukan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai siapakan yang lebih layak untuk menjadi pemilik baharu kelab berkenaan, Giggs percaya kekuatan kewangan yang dimiliki oleh Sheikh Jassim yang menawarkan pemilikan penuh kelab itu mampu memberi kelebihan kepada kelab itu.

“Individu atau organisasi yang bakal menjadi pemilik baharu mestilah mereka yang mampu memberikan kelainan dan memberikan pelaburan yang signifikan buat kelab.

“Saya tidak pasti siapa yang layak, tetapi saya fikir Sheikh Jassim saya lihat akan meletakkan jumlah wang yang banyak untuk pasukan kerana dia mahukan pemilikan penuh kelab ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI