SANDAKAN – Cubaan seorang wanita untuk terjun dari sebuah kondominium gagal apabila dia berjaya dipujuk anggota bomba dalam kejadian pagi semalam.
Kejadian berlaku di tingkat lima sebuah kondominium di Batu 5, di sini, disedari awam awam yang kemudiannya menghubungi bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, seramai 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.39 pagi.
Katanya, Setibanya di lokasi, didapati seorang wanita berusia 22 tahun sedang berada di luar tingkap di tingkat lima bangunan berkenaan.
“Pasukan bomba berjaya memujuk dan menyelamat wanita itu daripada terjun dengan menggunakan kaedah ‘rappeling’.
“wanita itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, operasi ditamatkan pada pukul 10.50 pagi. – KOSMO! ONLINE