ISU mengenai segelintir rakyat negara ini tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia bukan perkara asing. Kerap juga Diva dengar mengenainya tapi cuma abaikan sahaja.
Tiba-tiba baru-baru ini Ben Amir menuai perhatian ramai dengan memuat naik perkongsian menyelar segelintir individu yang berbangga tak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan.
“Saya tak faham mengapa sesetengah orang boleh menunjuk dan berbangga tidak fasih berbahasa Malaysia?
“Bagaimana anda boleh rasa angkuh dengan perkara tersebut?” katanya dalam aplikasi X baru-baru ini.
Fuh! Pedih juga apa yang Ben suarakan, namun realitinya itu yang banyak berlaku hari ini.
Kalau ada yang makan cili, pasti akan terasa pedasnya.
Namun ada juga yang memulangkan paku buah keras kepada Ben kerana perkongsian tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris. Alamak?
DIVA: Jadi peminat fanatik jangan kurang ajar dan sewenang-wenangnya nak hina artis lain.