fbpx

Asyikin sifatkan bulu tangan aset berharga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASYIKIN mengakui mintanya dalam peragaan timbul daripada pengaruh ibu.

Gadis ini pernah hilang keyakinan diri, malu dengan rakan sekeliling kerana memiliki bulu tangan yang lebat. Keadaan itu lebih parah apabila dia diejek dan digelar dengan kata-kata negatif, disamakan dengan haiwan dan banyak lagi.

Namun seiring pertambahan usia, Asyikin Abdul Rahman, 25, mula sedar dan menghargai diri sendiri. Malah gadis genit ini mengagumi aset berharga dirinya itu selain menyifatkan dirinya unik.

Kepada Kosmo! Ahad, Asyikin bercerita mengenai dirinya yang disangka model dari Timur Tengah dan cara mengatasi kelebihan diri.

Kosmo! Ahad: Sedikit tentang latar belakang anda?
Asyikin: Hampir setahun bekerja sebagai Pengurus Pelanggan di sebuah syarikat swasta di Singapura selain terlibat sebagai model sambilan.

Minat dalam peragaan timbul dari pengaruh ibu. Saya suka melihat gaya dan menjadi ikutan sejak kecil.

Saya membesar di Malaysia dan Singapura, jadi saya gunakan elemen kedua-dua negara dengan kreativiti sendiri untuk bergaya.

Wajah anda persis model antarabangsa?
Keluarga saya campuran baba nyonya daripada keluarga ibu, manakala kulit hitam manis dan raut wajah saya diwarisi daripada arwah bapa.

GADIS ini pernah hilang keyakinan diri, malu dengan rakan sekeliling kerana memiliki bulu tangan yang lebat.

Memiliki bulu lebat, apa kata anda?

Ramai menganggap ia sesuatu yang memalukan. Saya mula perasan ketika berumur 13 tahun, waktu itu saya sedar tidak semua orang mempunyai bulu lengan yang lebat dan panjang seperti saya.

Banyak persoalan pada diri ini sehingga membuatkan keyakinan diri berkurang.

Saya lalui banyak cabaran dengan bulu yang lebat namun cabaran yang dilalui membuatkan saya yakin selain hidup dengan selesa dan menjadi diri sendiri tanpa mempersoalkan kenapa ilahirkan begini.

Tambahan, saya rasa kelebihan (berbulu lengan lebat) ini menjadi nilai tambah kepada bakat, rupa dan kebolehan diri, jadi setelah kenali diri sendiri, saya lebih menghargai dan menyayangi diri serta ‘kelebihan’ yang saya miliki.

Anda dikenali di TikTok, bagaimana ia bermula?
Semuanya bermula apabila tular tentang bulu tangan saya. Ramai yang agak terkejut ketika mula-mula melihatnya. Malah, saya pernah diejek tetapi saya tidak kisah dan tidak pernah melawan.

Bagaimana anda atasi situasi ini?
Saya atasinya dengan diam sahaja dan sabar. Ibu bapa dan keluarga sentiasa memberikan kata-kata semangat agar saya kekal kuat dalam melalui hari seterusnya.

Setiap manusia mempunyai pendapat yang tersendiri. Saya tidak dapat mengubahnya dan memilih untuk hormat dan menjaga imej diri.

Nasihat kepada yang sentiasa rendah diri?
Kenali dan selami diri anda sendiri. Tanya kepada diri anda apa tujuan hidup di dunia ini kerana setiap manusia mempunyai pilihan, sama ada abaikan orang sekeliling atau sebaliknya.Buat pilihan yang terbaik dalam hidup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI