fbpx

Angka korban gempa bumi Maghribi lepasi 2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk berjalan melepasi rumah yang musnah akibat gempa bumi di pergunungan Tafeghaghte, barat daya Marrakesh semalam. - AFP

MARRAKESH, Maghribi – Gempa bumi paling dahsyat pernah melanda Maghribi dalam tempoh beberapa dekad telah membunuh lebih 2,000 orang setakat ini, manakala sebilangan mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan melaporkan, sekurang-kurangnya 2,012 orang disahkan maut, manakala 2,059 lagi cedera termasuk 1,404 mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Daripada jumlah kematian itu, 1,293 kes direkodkan di wilayah Al-Haouz di mana terletaknya pusat gempa manakala 452 lagi di wilayah Taroudant. Dua kawasan itu adalah paling teruk dilanda gempa.

Pihak berkuasa masih menjalankan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa yang cedera, tambah kenyataan itu.

Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter itu menggegarkan bumi Maghribi malam kelmarin di sebuah kawasan pergunungan sekitar 72 kilometer di barat daya kota pelancongan Marrakesh, lapor Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Susulan gempa paling dahsyat di Maghribi selama beberapa dekad itu, pihak berkuasa mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari di seluruh negara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI