fbpx

Amelia tak pandai masak? Tak apa, saya pandai – Aedy Ashraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aedy Ashraf (kiri) dan Amelia Henderson (kanan)

PETALING JAYA – Pelakon Aedy Ashraf tampil mempertahankan kekasihnya, Amelia Henderson yang dikecam netizen apabila dikecam tidak pandai memasak.

Aedy atau nama sebenarnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi berkata, tidak menjadi masalah besar buatnya apabila wanita dicintainya itu tidak hebat di dapur seperti kebanyakan wanita lain.

“Tidak mengapa. Saya pandai memasak,” seloroh pelakon drama Tebus itu.

Interaksi romantis antara Aedy, 30 dengan Amelia, 28, tercetus di aplikasi X apabila tular video wanita itu memotong cili dalam sebuah program menerima kritikan hebat daripada netizen.

Amelia pada mulanya mempersoalkan kewajaran kecaman sebilangan netizen terhadap golongan wanita termasuk dirinya yang tidak pandai memasak.

Luahan tersebut dimuat naik pemilik nama penuh Amelia Thripura Henderson itu dalam aplikasi X selepas videonya memotong cili dalam sebuah program menerima kritikan hebat daripada netizen.

“Jadi, adakah orang ramai berfikir nilai kewanitaan anda akan jatuh sekiranya tidak memasak?” katanya dalam aplikasi X semalam.

Rata-rata peminat teruja menyaksikan situasi romantik yang dipaparkan kedua-dua pasangan selebriti terbabit.

“Hidup saling melengkapi walaupun tidak sempurna,” kata peminat.

Baru-baru ini tular video pelakon berusia 28 tahun itu berhati-hati menggunakan pisau untuk memotong cili. Dia juga kelihatan kekok semasa mengalihkan makanan ke dalam pinggan.

Pada awal April lalu, Aedy mengakui kembali bercinta dengan Amelia selepas hubungan mereka dikatakan putus di tengah jalan tahun lalu. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI