fbpx

Ahmad Zahid hadir Persidangan Tahunan DAP 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) hadir Persidangan Tahunan DAP 2023 yang diadakan di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAPA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memecah tradisi apabila menjadi Presiden UMNO pertama menghadiri Persidangan Tahunan DAP yang berlangsung di sebuah hotel di sini, hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tiba kira-kira pukul 9.25 pagi sebelum diberi tepukan gemuruh oleh ribuan perwakilan.

Turut kelihatan hadir Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki serta beberapa wakil daripada parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan uapan dasar oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Persidangan Tahunan DAP 2023 hari ini mencipta sejarahnya tersendiri apabila parti itu buat pertama kalinya menjemput rakan sekutunya daripada BN terdiri daripada UMNO dan MCA.

Media sebelum ini melaporkan, Setiausaha Organisasi DAP, Steven Sim Chee Keong berkata, selain BN, jemputan bagi menghadiri persidangan itu turut dihantar kepada semua parti di dalam Kerajaan Perpaduan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI