fbpx

52 pasukan rebut gelaran juara ‘The Silent Killer Cup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASHARI selaku penaung kejohanan bergambar bersama piala untuk direbut oleh 52 pasukan bertanding.

PETALING JAYA – Sebanyak 52 pasukan berentap merebut kejuaraan sulung Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 8 dan 10 Tahun ‘The Silent Killer Cup 2023′ di  Padang Bola Sepak Kampung Rawai, Marang, Terengganu pada 16 September ini.

Kejohanan itu julung kali dianjurkan Kelab Bola Sepak Rawai Football (SRFC) di bawah kategori umur berkenaan bagi menyemarakkan usaha mencungkil bakat dan mendedahkan pemain di peringkat akar umbi dengan suasana perlawanan kompetitif.

Pengerusi SRFC, Ros Mohd. Muharam Wahab berkata, daripada 52 pasukan yang mengesahkan penyertaan, sebanyak 32 pasukan mendaftar bagi kategori bawah usia 10 tahun, manakala selebihnya adalah bawah usia lapan tahun.

“Objektif penganjurannya adalah untuk mencungkil bakat-bakat baharu dan memberi peluang kepada kanak-kanak di bawah 10 tahun melibatkan diri dalam kejuaraan bola sepak di usia tersebut,” katanya.

Bekas penyerang Terengganu FC (TFC) dan pasukan kebangsaan, Ashari Samsudin adalah penaung kejohanan berkenaan.

Selain dianggap sebagai legenda sukan bola sepak khususnya di Terengganu, Ashari yang mendapat jolokan ‘The Silent Killer’ adalah pemenang Kasut Emas 2010. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN