fbpx

PRK: Petugas media sambut hari lahir, ulang tahun perkahwinan pada hari mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR AISYAH (tiga dari kiri) bersama enam pengamal media yang lain menunjukkan jari yang telah dicalit setelah mengundi bagi Parlimen Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Walaupun sibuk dengan tugasan membuat liputan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, seorang petugas media yang mengundi di parlimen berkenaan tetap bersemangat melaksanakan tanggungjawab.

Lebih manis apabila jurugambar Kumpulan NSTP, Nur Aisyah Mazalan turut meraikan ulang tahun kelahiran ke-35 dan perkahwinan ketujuh selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tampoi Indah di sini.

“Alhamdulliah syukur hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-35 dan ulang tahun perkahwinan saya bersama suami, Muhammad Firdaus Adnan ketujuh.

“Hari ini juga merupakan hari pengundian bagi PRK. Saya mengundi untuk Parlimen Pulai.

“Ini akan dijadikan kenangan terindah dalam hidup saya dan akan ingat sampai bila-bila, mungkin sekali dalam hidup,”katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selain Nur Aisyah, enam lagi pengamal media termasuk Presiden Gabungan Kelab Media Malaysia, Mohamad Fauzi Ishak yang mengundi di SK Kempas di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI