fbpx

Warga emas maut kes langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal mangsa terbabas ke dalam parit selepas dipercayai dihimpit oleh sebuah kenderaan.

SARATOK – Polis sedang mengesan individu yang terlibat dengan kes langgar lari hingga mengakibatkan seorang warga emas maut dalam kemalangan di Kilometer 94, Jalan Sarikei-Betong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok Deputi Superintendan Mordani Tanin berkata, kejadian pada pukul 10.40 pagi itu mengakibatkan mangsa berusia 84 tahun meninggal dunia di tempat kemalangan.

Katanya, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan dari Sarikei ke Saratok.

“Apabila tiba di selekoh ketika menaiki bukit, mangsa telah dihimpit oleh kenderaan yang tidak dikenal pasti menyebabkan motosikalnya terbabas ke dalam parit.

“Akibat itu, mangsa tercampak ke dalam parit dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Royston Ubak di talian 016-3130153 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI