fbpx

UPSI kongsi pengalaman urus pelajar antarabangsa dengan Aswara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Delegasi Aswara bersama pengurusan IPS dan wakil IMC di UPSI, Tanjung Malim baru-baru ini.

TANJUNG MALIM – Pengalaman dan pencapaian membanggakan Institut Pengajian Siswazah (IPS) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam menguruskan pelajar antarabangsa mendorong Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) melakukan kunjungan ke institut berkenaan baru-baru ini.

Delegasi dari Aswara menerusi Pusat Pengajian Pascasiswazahnya itu telah mengadakan sesi perkongsian dengan UPSI berkaitan pengurusan pelajar antarabangsa.

Pihak Aswara yang diketuai oleh Dekan Pascasiswazahnya, Prof. Madya Dr. Abdul Halim Husain hadir bersama timbalannya, Dr. Jolaina Mohd. Nasseri serta Ketua Program Kedoktoran Seni Kreatif, Dr. Wong Oi Min.

Dr. Abdul Halim berkata, perbincangan yang diadakan melibatkan Institut Pengajian Siswazah (IPS) dan turut dihadiri wakil Pusat Antarabangsa dan Mobiliti (IMC).

“Aswara kini dalam proses melaksanakan penawaran program pengajian siswazah ke peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dekan IPS, Prof Dr. Raja Nor Safinas Raja Harun berkata, penanda aras itu baik untuk mereka bertukar pengalaman mengenai pengurusan pasca siswazah dan seterusnya berkongsi amalan terbaik bagi memperkasakan pengajian siswazah.

“Di IPS kami menitikberatkan pengalaman pembelajaran pelajar kerana kejayaan pelajar adalah penting untuk mempastikan pengalaman pembelajaran yang berterusan ini menjadi pemangkin kepada perkongsian ilmu sejagat dan penyelidikan yang dapat memanfaatkan masyarakat.

“Pihak UPSI amat berbesar hati menerima lawatan daripada pihak Aswara dan berharap ia dapat memberi manfaat dalam memartabatkan bidang pendidikan sama ada di peringkat tempatan dan antarabangsa serta membina jaringan kerjasama di antara kedua-dua institusi,” katanya.

Pihak Aswara, katanya, memilih UPSI sebagai salah sebuah institusi untuk dijadikan lawatan penanda aras berikutan bilangan pelajar antarabangsa di peringkat pengajian siswazah UPSI melebihi seribu pelajar dan merangkumi pelbagai negara antaranya China, Indonesia, Oman, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bangladesh dan lain-lain.

Beliau berkata, pihak IMC turut berkongsi berkenaan prosedur dan garis panduan melibatkan pengurusan pelajar antarabangsa yang diguna pakai di UPSI. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI