fbpx

Tunku Ampuan Najihah mangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Almarhumah Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.

SEREMBAN – Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, 100, mangkat di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur, pukul 6.53 pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim berkata, jenazah akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti dan akan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti hari ini, 8 September selepas waktu Asar.

Menurutnya, tempoh perkabungan bagi kemangkatan Almarhumah Yang Maha Mulia Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan adalah selama satu hari iaitu pada hari ini.

“Selepas sahaja pengumuman ini, semua bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh Negeri Sembilan pada hari ini sepanjang tempoh perkabungan yang ditetapkan.

“Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan digalakkan mengadakan majlis tahlil dan doa untuk Almarhumah Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin dalam tempoh hari perkabungan.

“Semoga dicucuri rahmat yang berlebih-lebihan ke atas roh Almarhumah Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Untuk rekod, Almarhumah Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin juga merupakan bekas Raja Permaisuri Agong yang ke-10 iaitu dari 1994-1999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI