fbpx

Tidak patuh HDA punca projek perumahan bermasalah – KPKT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal (tengah) ketika sidang akhbar Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) di sini, hari ini.

PUTRAJAYA – Tidak patuh kepada penetapan Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) dikenalpasti sebagai punca kepada wujudnya isu projek perumahan swasta bermasalah di negara ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, pihaknya mendapati, ada pemaju perumahan meletakkan banyak projek perumahan dalam satu akaun HDA.

Beliau berkata, pihaknya menetapkan bahawa pemaju perumahan swasta diwajibkan untuk membuka HDA di institusi perbankan bagi satu projek perumahan sahaja.

“Tujuan akaun ini adalah untuk simpanan deposit bagi pemaju mendapatkan lesen pemajuan dan pinjaman kewangan untuk pembinaan selain memudahkan pemantauan kesiapan oleh KPKT.

“Masalah timbul apabila satu projek perumahan bermasalah dan ia akan berjangkit kepada projek lain yang berada dalam satu HDA yang sama,” katanya pada sidang akhbar di sini tadi.

Katanya, pihaknya kini sedang melakukan libat urus dengan pihak perbankan bagi memastikan prosedur pengurusan HDA difahami dengan jelas dan dikendalikan secara telus.

“Sebelum ini, kami mendapati tiada pemantauan, penyelarasan dan prosedur pengurusan HDA yang jelas antara kerajaan, institusi kewangan dan pemaju perumahan yang kemudiannya menyumbang kepada projek perumahan bermasalah.

“Kami telah mengemukakan 12 isu berkait pengurusan HDA menerusi libat urus bersama Bank Negara Malaysia (BNM), tiga persatuan bank dan 13 institusi kewangan dan perbankan baru-baru ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI