fbpx

PRK: Cuaca buruk diramal di Pulai dan Simpang Jeram esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan cuaca buruk diramalkan pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada Sabtu.

Menurut hantaran menerusi laman sesawang MetMalaysia, hujan lebat dan ribut petir akan melanda beberapa kawasan di Pulai dan Simpang Jeram.

“Pada sebelah pagi, hujan lebat dijangka melanda Pulai dan Simpang Jeram.

“Ribut petir pula dijangka bakal melanda dua kawasan tersebut pada sebelah petang,” katanya menerusi hantaran sama.

Suhu sepanjang hari berkenaan diramal 23 hingga 33 darjah Celsius.

Parlimen Pulai akan menyaksikan seramai 166,653 individu layak mengundi, manakala di DUN Simpang Jeram pula melibatkan seramai 40,379 pengundi.

PRK tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI