fbpx

Piala Dunia Ragbi: New Zealand ubah strategi berdepan Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALL BLACK terpaksa membuat beberapa perubahan taktikal selepas beberapa pemain utamanya tersisih akibat kecederaan menjelang aksi bertemu Perancis. - AFP

PARIS – Pasukan ragbi New Zealand melakukan persiapan rapi untuk untuk menghadapi Perancis apabila melakukan empat pertukaran untuk menghadapi pasukan tuan rumah menjelang aksi pembukaan Piala Dunia Ragbi 2023 di Stade De France, awal pagi esok.

All Blacks kehilangan beberapa pemain ternamanya iaitu Jordie Barrett selepas mengalami kecederaa lutut dan tempat tersebut bakal diambil alih Anton Lienert-Brown di bahagian tengah.

Selain itu, juara Piala Dunia 2011 dan 2015 itu turut membuat keputusan untuk membawa masuk Prop Laulala selepas menggantikan Tyrel Lomax apabila pemain 27 tahun itu
mengalami kecederaan parah pada lututnya ketika menentang Afrika Selatan, bulan lalu.

Biarpun kehilangan beberapa pemain, ketua jurulatih All Blacks, Ian Foster tidak cemas dengan situasi tersebut apabila meletakkan kepercayaan tinggi kepada barisan pemainnya yang dibawa ke Paris.

Foster percaya skuad kendaliannya mampu tampil cemerlang dan fokus utama mereka adalah untuk layak ke suku akhir terlebih dahulu.

“Saingan di Piala Dunia adalah berbeza. Matlamat awal pasukan ketika ini adalah untuk layak ke suku akhir. Untuk melakukannya, kami mesti membina pasukan terbaik dan permainan yang cukup solid melalui peringkat kumpulan.

“Jadi, pada perlawanan pertama ini mereka perlu bermain dengan baik. Saya yakin ia bukan bukan mudah lagi-lagi berdepan pasukan tuan rumah,” kata Foster selepas pasukan itu diundi diundi dalam Kumpulan A bersama Perancis, Itali, Namibia dan Uruguay.

Sebelum ini, New Zealand muncul juara Piala Dunia berturut-turut pada edisi 2011 dan 2015. Impian mereka untuk memburu gelaran hatrik gagal terlaksana apabila sekadar tempat ketiga. Pada edisi 2019, Afrika Selatan menjulang trofi Piala Dunia selepas selepas membenam England 32-12. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI