fbpx

Peserta Himpunan RXZ Members 5.0 maut kemalangan di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Yamaha RXZ milik Muhammad Luqman yang maut akibat kemalangan di KM 255.8, LPT 2 berhampiran Plaza Tol Jabor, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Hasrat seorang pemilik motosikal Yamaha RXZ untuk menyertai program Himpunan RXZ Members 5.0 berakhir tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 255.8 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Jabor di sini hari ini.

Dalam kemalangan pukul 11 pagi itu, mangsa, Muhammad Luqman Misnan, 30, yang berasal dari Telok Panglima Garang, Selangor meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Kemalangan sama turut menyebabkan dua penunggang motosikal Yamaha RXZ lain iaitu Aswade Ahmad, 36, dari Triang, Pahang dan Harry Aizam Hanafiah, 35, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan cedera parah.

Aswade mengalami patah tangan kiri dan kaki kanan, manakala Harry Aizam pula patah tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan ke tapak himpunan di Gong Badak, Kuala Nerus.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang Muhammad Luqman tiba-tiba hilang kawalan sebelum melanggar dua lagi penunggang lain yang berhenti di bahu kiri jalan.

“Impak pelanggaran itu menyebabkan motosikal mangsa terseret sejauh 37.5 meter sebelum mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Himpunan RXZ merupakan acara tahunan mengumpulkan pemilik Yamaha RXZC seluruh negara yang akan berlangsung esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI