fbpx

Makruh lawat tempat dilaknat Allah SWT – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERCUTIAN mewah Zul di Kota Al Ula dikecam dan dianggap mempromosi kota larangan yang pernah dilaknat Tuhan.

PETALING JAYA – Hukum melawat ke tempat yang pernah dilaknat Allah SWT adalah makruh.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, sebagai umat Islam kita perlu menjauhi tempat berkenaan atau sekadar melawat kawasan itu untuk mengambil pengajaran terhadap sesuatu sebab di atas azab Allah SWT.

“Sebagai contoh melawat bumi kaum ‘ad, kaum Luth ialah makruh menurut pandangan ulama dan apabila kita masuk ke tempat itu, hendaklah kita masuk dalam keadaan rasa insaf dan takut kepada kemurkaan Allah SWT.

“Kita perlu ingat, inilah kebatilan yang telah dilakukan oleh umat yang terdahulu. Bukan kita ambil keberkatan tempat itu seperti di tempat kaum ‘ad, jangan pula diambil pasirnya kemudian letak di kepala anak contohnya.

“Perbuatan itu salah, jadi jangan ambil keberkatan di situ,” katanya di dalam sebuah ceramah.

Ustaz Azhar berkata, sebaiknya umat Islam pergi di tempat-tempat yang elok seperti ke masjid, tempat-tempat yang suci.

“Itu yang terbaik. Ada yang pergi di laut mati, tempat yang dilaknat oleh Allah SWT, dia mandi di situ untuk ambil berkat air itu.

“Sedangkan ulama menyebut air yang berkat ialah air zam zam, Sungai Nil. Di situ boleh ambil keberkatan,” jelasnya.

Terdahulu, seorang selebriti tempatan menerima kecaman ramai apabila melawat Kota Al Ula baru-baru ini.

Al Ula terkenal sebagai tempat turunnya azab Allah SWT kepada kaum Nabi Saleh.

Bahkan, ketika hayat Rasulullah SAW, baginda mengelak daripada singgah di lokasi digelar kota hantu atau kota terkutuk itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI