fbpx

Lima nelayan Indonesia diberkas curi ikan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima nelayan Indonesia ditahan bersama hasil tangkapan di perairan Pulau Kendi, semalam.

GEORGE TOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan asing Indonesia selepas dipercayai menceroboh perairan negara ini dengan menangkap hasil laut, semalam.

Penahanan ke atas bot yang dinaiki lima warga Indonesia termasuk seorang tekong itu dilakukan di kedudukan 37 batu nautika Barat Daya, Pulau Kendi.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, tangkapan dijalankan ketika Kapal Maritim (KM) Burau melakukan rondaan rutin di perairan terbabit.

“Sebaik merapat ke bot berkenaan, pihak Maritim Malaysia melakukan penggeledahan serta pemeriksaan dan mendapati bot tersebut dikendalikan oleh lima kru termasuk tekong warga Indonesia berusia antara 12 hingga 35 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut, pihak Maritim Malaysia turut mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, kru bot terbabit direman selama 14 hari bagi membantu siasatan manakala bot dan hasil tangkapan ikan telah ditahan serta dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, kesalahan terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan atau cubaan menangkap ikan di dalam perairan Malaysia dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit atau pas yang sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI