fbpx

Harimau Malaya sasar kecewakan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Harimau Malaya meraikan jaringan Akhyar ketika bangkit mengikat Syria 2-2 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Chengdu, China kelmarin. – FAM

KEBANGKITAN luar biasa ketika mengikat Syria 2-2 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium East-Town Football Park, kelmarin meletakkan skuad Harimau Malaya mula di ‘awa­ngan’ untuk terus mencipta sensasi dalam peta bola sepak Asia.

Sekalipun kesilapan pada babak pertama pantas dihukum oleh Syria, pemain negara terus membuktikan mentaliti sebenar Harimau Malaya untuk kecewakan lawan yang kini berada di ranking lebih baik iaitu di tangga ke-94 dunia.

Rentetan itu, pengendali negara, Kim Pan-gon mula menghitung impian untuk memburu kemenangan ketujuh bagi tahun ini, sekali gus terus mencipta sensasi dengan menyasarkan untuk mengecewakan China pada aksi persahabatan kedua di Stadium Phoenix Hill, Chengdu­ Sabtu ini.

“Kami mahu menguji bebe­rapa taktikal dan mengaplikasikannya ke atas pasukan di ran­king lebih baik. Kami mahu tahu di mana kami berada, jadi kami akan terus melakukan serangan demi serangan.

“Karakter kami perlu agresif, mencabar dan kami perlu memberikan yang terbaik. Kami cuba dapatkan kemenangan untuk berikan keputusan baik untuk Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, Pan-gon turut menganggap Malaysia kini setaraf dengan pasukan 100 terbaik dunia kerana secara amnya pada babak pertama, prestasi skuad Harimau Malaya agak bagus, malah dilihat setara untuk melawan pasukan di rangking ke-94 dunia tersebut.

Pada permulaan perlawanan, Pan-gon menurunkan kesebelasan utama tanpa penyerang tulen dan percaturan itu jelas tidak memberi kesan besar hingga membolehkan Syria mempe­roleh dua gol menerusi Mardik Mardikian pada minit ke-12 serta Yassin Samia, minit ke-41.

Bagaimanapun, keputusan Pan Gon memasukkan Akhyar Rashid dan Darren Lok jelas berhasil apabila kedua-dua pemain itu meledak gol buat Harimau Malaya, masing-masing pada minit ke-51 dan 85.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI