fbpx

Fahmi di pelawa sampaikan ucaptama di Mobile World Congress Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (dua dari kanan) ketika mengadakan pertemuan dengan GSMA hari ini.

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil dijemput untuk menyampaikan ucaptama di Mobile World Congress Barcelona 2024.

Menurut beliau, jemputan khas itu dibuat oleh Groupe Speciale Mobile Association (GSMA) kepada beliau semasa mesyuarat dua hala antara KKD dan GSMA hari ini.

“GSMA menyambut baik usaha progresif negara dan bersetuju dengan cadangan pembangunan modal insan melalui perkongsian kepakaran bersama negara-negara maju.

“Di akhir perbincangan, saya diberi jemputan khusus oleh GSMA untuk menyampaikan ucaptama di Mobile World Congress Barcelona 2024 yang bakal dianjurkan pada 26 hingga 29 Februari 2024,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Fahmi memaklumkan, mesyuarat tersebut merupakan sesi susulan selepas mesyuarat pertama di Ibu Pejabat GSMA London pada 14 Jun lalu.

Menurutnya, dalam perbincangan itu, beliau memaklumkan perancangan pelaksanaan dwi-rangkaian 5G bermula tahun 2024 setelah liputan mencapai 80 peratus kawasan berpenduduk

“Perbincangan juga turut berkisar tentang kepentingan kerangka pengawalseliaan yang komprehensif dalam menangani isu keselamatan siber dan juga perlindungan data peribadi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI