fbpx

Beratur berejam demi makan kunafa di Tunjong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Domey Leo di Facebook menunjukkan orang ramai sanggup berbaris panjang demi mendapatkan kunafa di sebuah acara di Tunjong.

PETALING JAYA – Demi kunafa, orang ramai sanggup beratur berjam-jam lamanya di sebuah khemah yang menjual manisan popular yang berasal dari Timur Tengah itu, di sebuah acara di Tunjong, Kelantan.

Menerusi perkongsian gambar Domey Leo di Facebook, pembeli dilihat bukan sahaja sabar menunggu malah dia memaklumkan ada yang sanggup berbaris seawal 3 pagi.

“Beratur dari pukul 3, 4 pagi pun ada. #kunafaaiwahh punya fasal,” tulisnya pada kapsyen.

Sementara itu pengguna media sosial meninggalkan pelbagai reaksi pada hantaran tersebut.

“Orang Kelantan kaya-kaya, Alhamdulillah. Rezeki jurujual juga datang sini dapat sambutan begitu,” kata Mieyo Aiman.

“Nak cuba masuk RTC pun kita tak tahan apa lagi nak beratur panjang. Penyabar sungguh rakyat Kelantan,” komen Sya Meso.

“Tengok barisan pun dah kenyang, ” keluh Yaa Jugha. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI