fbpx

Ballon d’Or: Messi kembali, Ronaldo tersingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (kiri) masih kekal bersaing merebut Anugerah Ballon d’Or musim ini, namun Ronaldo tersingkir daripada senarai 30 pemain tersebut. - AFP

PARIS – Bintang Argentina, Lionel Messi kembali bersaing merebut anugerah Ballon d’Or selepas mengetuai 30 senarai akhir yang diumumkan penganjur, majalah France Football awal pagi semalam.

Messi kembali berada dalam senarai pencalonan selepas membantu Argentina menjulang trofi Piala Dunia di Qatar, Disember tahun lalu meskipun dia tidak tercalon bagi anugerah tahun lalu.

Bagaimanapun, pencalonan kali ini tetap ada kejutan tersendiri apabila bintang Portugal, Cristiano Ronaldo tidak berada dalam 30 senarai akhir Ballon d’Or buat kali pertama sejak 20 tahun lalu.

Meskipun tidak tersenarai, namun beberapa pihak memang sudah menjangkakan perkara tersebut memandangkan Ronaldo tidak menampilkan aksi memberangsangkan sepanjang saingan musim lalu sebelum dia berhijrah ke Arab Saudi menyertai Al-Nassr.

Untuk rekod, Ronaldo merupakan pemain kedua terbaik sepanjang zaman apabila pernah memenangi anugerah berprestij itu sebanyak lima kali manakala Messi mengunggulinya sebanyak tujuh kali.

Selepas 30 senarai akhir itu dikeluarkan, pemenang Ballon d’Or 2023 akan diumumkan di Paris pada 30 Oktober depan dengan Messi dan penyerang Manchester City, Erling Haaland dianggap sebagai pilihan.

Sementara itu, dalam kategori wanita pula menyaksikan pemenang dua kali, Alexia Putellas tidak tersenarai memandangkan dia terpaksa berehat panjang tahun lalu kerana mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI