fbpx

Agong, Permaisuri zahir takziah buat keluarga Tunku Ampuan Najihah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan takziah di Facebook Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan kerabat Diraja Negeri Sembilan atas kemangkatan Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, hari ini.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook berkata, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Almarhumah.

“Seri Paduka Baginda juga menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Almarhumah sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Almarhumah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Almarhumah Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah, 100, adalah bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan dan juga merupakan bekas Raja Permaisuri Agong yang ke-10 (1994-1999).

Tunku Ampuan Najihah mangkat di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur, pukul 6.53 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI