fbpx

Agong, Permaisuri tiba di Brunei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong tiba di Brunei melalui Pos Kawalan Imigresen Labu Temburong, malam tadi.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Brunei Darussalam melalui Pos Kawalan Imigresen Labu Temburong malam tadi.

Menurut satu hantaran dikeluarkan Istana Negara, Seri Paduka Baginda berangkat tiba selepas menyambung pengembaraan Kembara Kenali Borneo dari Lawas, Sarawak semalam.

Katanya, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua di hotel penginapan di Bandar Seri Begawan pada pukul 11.20 malam disambut Putera Mahkota Brunei, Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Haji Al-Muhtadee Billah dan isteri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

“Turut menyertai sambutan ketibaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei, Datuk Seri Setia Awang Ahmaddin Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Datuk Seri Setia Awang Muhammad Juanda Abdul Rasyid.

“Seri Paduka Baginda berdua bersemayam di Bandar Seri Begawan sebelum menyambung Kembara Kenali Borneo ke bandar raya Miri esok,” katanya.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berangkat tiba di Lawas, Sarawak malam semalam.

Keberangkatan tiba baginda berdua pada kira-kira pukul 8 malam disambut Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI