fbpx

Warna mata bayi bertukar biru selepas rawatan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mata seorang bayi berusia enam bulan berubah daripada coklat gelap (kiri) kepada biru selepas menerima rawatan Covid-19 di Thailand. – Wion News

BANGKOK, Thailand –  Warna mata seorang bayi lelaki berumur enam bulan dilaporkan berubah daripada coklat kepada biru selepas dia menerima rawatan asas Covid-19, lapor portal berita Wion News semalam.

Bayi di Thailand itu disahkan menghidap Covid-19 selepas menunjukkan simptom seperti  demam dan batuk selama sehari. Kes itu disiarkan dalam jurnal perubatan, Frontier in Pediatrics.

Doktor menggunakan ubat antivirus, favipiravir kepada bayi itu seperti saranan Kementerian Kesihatan Awam Thailand untuk kanak-kanak yang mengalami gejala ringan hingga sederhana.

Bagaimanapun, selepas 18 jam kemudian, ibu bayi itu menyedari mata anaknya bertukar warna dan menghubungi pihak profesional perubatan. Mereka meminta rawatan dihentikan serta-merta, lapor akhbar New York Post.

Perubahan warna itu pudar selepas lima hari dan mata bayi lelaki itu kembali kepada warna asal, manakala doktor yang memeriksa bayi tersebut mendapati tiada lagi warna kebiruan pada permukaan iris mata.

Sesetengah kajian menyatakan hubungan langsung antara kepekatan favipiravir dan intensiti pendarfluor, terutamanya dalam rambut serta kuku manusia.

Kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kerosakan penglihatan dan berjaya pulih daripada gejala Covid-19. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI