fbpx

Wardina Saffiyah sudah bermenantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK perempuan Wardina, Amna Nafeesa kini sudah pun bergelar isteri orang.

LAMA tak dengar perkembangan pelakon Wardina Saffiyah yang sebelum ini aktif berkongsi pelbagai perkara menerusi laman sosialnya.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaharu, pelakon Spanar Jaya itu memaklumkan telah menerima menantu apabila anak sulungnya, Amna Nafeesa mendirikan rumah tangga.

“Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Seperti yang anda semua tahu, saya menghargai kehidupan peribadi saya dan suka menyimpan sesuatu untuk diri saya sendiri.

“Saya ingin berkongsi berita baik dan memohon semua doa anda untuk Amna dan anak (menantu) Yusuf yang tersayang,” tulis Wardina yang mengakui sangat tertutup dalam soal peribadi.

Selain Amna, perkahwinannya dengan Ikhwan Johari sejak 2002 dikurniakan dua lagi cahaya mata itu Azra Sareera dan Imran Arrazi.

Rupa-rupanya dah dewasa anak-anak Wardina. Tahniah dengan kehadiran ahli keluarga baharu.

Mizz Lahar – Harap isu Bintang Kecil 2023 selesai, ambil iktibar saja. Kasihan Datuk Suhaimi Sulaiman kena jawab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI