fbpx

Tilikan lemas nujum tersasar, lelaki hilang rupanya tidur di bawah pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thongmuon pulang ke rumahnya pada Isnin lalu. - Foto Sanook

BANGKOK, Thailand –  Seorang ahli nujum tempatan membuat tilikan dan mendapati seorang lelaki berusia 68 tahun yang hilang secara misteri dari rumahnya, berada di dasar sebuah kolam di Buriram, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Dakwaan ahli nujum tersebut mendorong penduduk kampung dan pasukan penyelamat melakukan pencarian mangsa, Thongmuon Prommin di dalam air dan di darat.

Namun, dua hari selepas mangsa hilang, lelaki itu pulang ke rumah tanpa sebarang kecederaan dan memberitahu bahawa dia duduk dan tidur di bawah sebatang pokok di tepi kolam.

Thongmuon sedar orang ramai mencarinya tetapi tidak berdaya untuk memaklumkan kepada mereka bahawa dia berada dalam keadaan baik. Ketika kejadian, hujan turun tetapi lelaki itu berkata, dia tidak basah.

Peristiwa luar biasa itu berlaku di Kampung Salaosong, Buriram.

Menurut Ketua Pasukan Penyelamat, Vorabodin Rungrojchaikul, lelaki Thailand itu hilang secara misteri dari rumahnya  Isnin lalu.

Isterinya yang berusia 58 tahun, Ratree Prommin berasa pasti suaminya lemas di sebuah kolam di kampung mereka seperti ramalan ahli nujum tersebut.

Bagaimanapun, setelah diperiksa, tiada bukti, seperti rotan atau kasut ditemui untuk menyokong dakwaan tersebut, manakala pencarian lebih dua jam berakhir tanpa mayat mangsa ditemui. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI