fbpx

Syarikat telco sambut baik Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Syarikat telekomunikasi tempatan menyokong penuh Insentif Rebat Rahmah sempena Hari Malaysia yang bakal memberi manfaat kepada hampir 10,000 pengamal media.

Syarikat telekomunikasi yang terlibat ialah CelcomDigi Berhad (CelcomDigi), Maxis Berhad (Maxis), TM (Unifi Mobile), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).

Insentif dalam bentuk rebat satu bulan secara ‘one off’ tersebut hanya diberikan kepada pengamal media yang memegang Kad Perakuan Media yang aktif dari Jabatan Penerangan Malaysia (Japen), September ini.

“Rebat Rahmah Pengamal Media merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi tempatan sejajar dengan rangka kerja Ekonomi Madani untuk menyokong pengamal media Malaysia.

“Selain itu, syarikat telekomunikasi akan terus menjalin kerjasama rapat dengan kerajaan supaya rakyat dapat menikmati ketersambungan internet yang memenuhi keperluan harian,” katanya.

Justeru, pengamal media yang layak perlu mengemaskini nombor telefon pascabayar (postpaid) dan maklumat lain yang berkaitan dengan log masuk ke akaun sistem e-Media Japen di pautan https://emedia.penerangan.gov.my/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI