fbpx

Semakan Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media boleh dibuat sebelum Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi.

PETALING JAYA – Kira-kira 10,000 individu bakal menikmati tawaran rebat bil telefon pelan pascabayar (postpaid) secara ‘one off’ bagi bulan September menerusi Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, insentif tersebut hanya layak diterima pengamal media yang mempunyai Kad Perakuan Media Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) dan berstatus warganegara Malaysia.

“Pengamal media yang layak perlu mengemaskini nombor telefon pascabayar (postpaid) dan maklumat lain yang berkaitan dengan log masuk ke akaun sistem e-Media Japen di pautan https://emedia.penerangan.gov.my/.

“Sebarang maklumat perlu dikemas kini sebelum atau pada 10 September (Ahad) untuk menikmati Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihak pengamal media juga dinasihatkan untuk menyemak tarikh luput atau tempoh sah laku Kad Perakuan Media Japen untuk menerima insentif rebat tersebut.

“Rebat ini terhad kepada bayaran komitmen bulanan tertakluk kepada terma dan syarat daripada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang terlibat iaitu TM (Unifi Mobile), CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications (Yes),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI