fbpx

Piala Dunia: Colombia tanpa kelibat Falcao

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FALCAO (tengah) tidak senaraikan oleh Colombia pada aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Venezuela awal pagi esok. - AFP

BOGOTA – Pengendali Colombia, Nestor Lorenzo tetap mempertahankan keputusannya untuk tidak senaraikan Radamel Falcao dalam senarai pasukan yang akan hadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2026 kali ini.

Lorenzo kembali memanggil James Rodríguez dan Juan Cuadrado, namun tetap mengakui begitu menghormati reputasi dicipta Falcao bersama skuad kebangsaan negara itu sebelum ini.

“Selain Rodriguez, kami memanggi Juan Fernando Quintero turut berada di sini disebabkan mereka boleh beraksi, mereka adalah pemain berkualiti dan boleh bermain bersama. Jadi, kami akan cuba mencari idea untuk menyiapkan pasukan sehabis baik

“Falcao adalah seorang pemain yang sudah berikan banyak sumbangan kepada pasukan. Bagi saya dia (Rodriguez) juga adalah rujukan utama, sama seperti Falcao.

“Falcao jarang bermain (di peringkat kelab) dan pastinya ia menyakitkan saya apabila tidak dapat senaraikannya. Yang pasti pasukan tidak pernah melupakan pemain seperti mereka dan kini saya tidak tahu untuk menjelaskan tentang perkara ini,” katanya.

Ketika ini, Lorenzo sedang berada dalam fasa terakhir untuk memperkukuhkan The Tricolors untuk hadapi perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2026 bertemu Venezuela, pagi esok.

Pada panggilan kali ini juga, Lorenzo turut menyenaraikan dua penyerangnya yang kini bermain di Liga Rusia, Mateo Cassierra dan Jhon Córdoba malah anggap keputusannya itu adalah bagi beri peluang sama rata kepada semua pemain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI