fbpx

Perak tubuh jawatankuasa pantau keselamatan lereng bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAARANI (dua dari kiri) meninjau gerai pameran dan jualan yang turut serta dalam Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2023 Siri Ke-8 di pekarangan bangunan Majlis Daerah Tanjong Malim, hari ini.

TANJUNG MALIM – Perak akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memberi tumpuan soal keselamatan di kawasan berbukit di negeri itu, terutama bersebelahan lebuh raya dan di tempat bekerja.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Exco negeri semalam, susulan kematian seorang pekerja warga asing di Keramat Pulai, Simpang Pulai yang ditimpa runtuhan batu, kelmarin.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, langkah itu dibuat kerana bimbang tragedi sama berulang terutama pada musim hujan.

“Kita tidak tahu apa yang ada di atas batu tersebut, termasuk lereng-lereng batu di lebuh raya dekat terowong. Kita hendak lihat balik apa sebenarnya yang ada di atas itu

“Baru-baru ini kita adakan pameran geospatial yang mana ada kelengkapan yang boleh mengesan pergerakan tanah. Kita tidak mahu kejadian sama berulang kepada rakyat,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2023 Siri Ke-8 dan melancarkan inisiatif Muallim Speed-Lane (M-S) di sini hari ini.

Pada kejadian Selasa lepas, seorang lelaki warga Pakistan maut ditimpa batu di tapak kuari sewaktu mangsa dan dua rakan sekerjanya sedang menjalankan kerja-kerja mengalihkan batu.

Saarani memberi ingatan kepada semua operator kuari supaya mengutamakan keselamatan pekerja kerana tiada guna jika pelbagai peraturan diperkenalkan namun gagal dipatuhi oleh mereka.

Beliau juga berkata, garis panduan pembangunan tanah juga akan diperkenalkan bagi membendung bencana alam terutama banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI