fbpx

Pelan Hala Tuju Kelestarian Avaland fokus 4 bidang utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aw (tiga dari kiri) dan Gan (dua dari kiri) bertukar MoU di Majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju Kelestarian Avaland di One City USJ, Subang Jaya, hari ini. - Foto oleh AMIN AZMAN/ KOSMO!

SUBANG JAYA – Syarikat pemaju hartanah, Avaland Berhad melancarkan Pelan Hala Tuju Kelestarian bagi mengukuhkan komitmen syarikat serta menyepadukan ciri-ciri mapan dan mesra alam dalam semua projek miliknya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Avaland, Aw Sei Cheh, inisiatif hijau yang bakal memberi manfaat kepada pelanggannya itu telah mendapat pengesahan oleh GreenRE Malaysia, sebuah agensi pensijilan bangunan hijau yang dibentuk oleh Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan (Rehda).

“Avaland telah menerima pensijilan GreenRE untuk 6 projek iaitu Aetas Damansara (Platinum), Alora Residence (Emas), Amika Residence (Emas), Alira Subang Jaya (Perak), Sanderling (Gangsa) dan Casa Embun (Gangsa).

“Kami merupakan satu-satunya syarikat pemaju hartanah yang mendapat semua pensijilan ini dalam masa 6 bulan,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju Kelestarian Avaland di One City USJ, Subang Jaya, hari ini.

Tambah Sei Cheh, Pelan Hala Tuju Kelestarian Avaland mempunyai empat bidang tumpuan utama iaitu ketahanan tapak, kecekapan sumber, mobiliti penduduk dan kesalinghubungan serta pembangunan ekonomi tempatan.

“Avaland yakin insiatif dalam empat bidang ini dapat memberikan impak yang berkekalan kepada kedua-dua alam sekitar dan juga komuniti setempat.

“Pelancaran pelan ini adalah langkah pertama Avaland dalam menyokong pembangunan mapan dan dalam masa yang sama, menjalankan tanggungjawab syarikat untuk mengurangkan pelepasan karbon ke alam sekitar,” ujarnya.

Dalam majlis sama, Avaland turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) untuk Pakej Pembiayaan Gadai Janji Hijau Alliance Bank sebagai inisiatif untuk menggalakkan pemilikan rumah yang mempunyai pensijilan hijau.

Menurut Ketua Pengguna Kumpulan Pegawai Perbankan Alliance Bank, Gan Pai Li, usaha sama tersebut bertujuan memenuhi keperluan pelanggan terhadap pembiayaan bangunan yang menerapkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang semakin berkembang.

“Kerjasama dengan rakan kongsi seperti Avaland dapat mengukuhkan komitmen kami untuk memupuk komuniti dan persekitaran yang mampan sambil menyokong perjalanan pemilikan rumah pelanggan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI