fbpx

K2

Melakukan rawatan dengan telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGGUNAAN telur dalam perubatan tradisional dibolehkan selagi ia tidak melibatkan perkara syirik dan khurafat. – Gambar hiasan

Adakah telur dikategorikan sebagai amalan perubatan Melayu atau amalan perbomohan Melayu? Prosedur penggunaan telur adalah diurut pada tempat sakit disertai dengan bacaan ayat-ayat al-Quran tertentu. Adakah prosedur ini menyalahi syarak kerana terdapat penggunaan telur dalam rawatan?

JAWAPAN: Berdasarkan makluman yang kami dapat, amalan berubat menggunakan telur bukanlah suatu yang disepakati keberkesanannya.

Rawatan menggunakan telur dikaitkan dengan kaedah pemindahan penyakit yang diamalkan oleh sebahagian pengamal perubatan alternatif yang diragui keberkesanannya.

Kaedah ini juga sinonim dengan amalan perbomohan Melayu. Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam (Darussyifa’), selaku salah satu anggota bagi Badan Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, tidak mengiktiraf keberkesanan kaedah ini.

Mereka tidak menjadikannya sebahagian daripada kaedah rawatan komplementari bagi penyakit kanser atau seumpamanya.

Malah, tidak dapat diketahui melalui cara ini berkesan untuk merawat kanser atau mengurangkan simptomnya dalam bentuk testimoni mahupun keterangan mana-mana tokoh yang berkepakaran dalam bidang ini.

Jika melihat daripada sudut penggunaan telur sahaja tidak ada masalah kerana ia termasuk daripada bahan yang halal. Namun, penjelasan daripada aspek praktikal diperlukan sama ada ia melibatkan jampi-jampi yang tidak disyariatkan dan meminta pertolongan jin. Jika terdapat unsur-unsur tersebut, maka kaedah rawatan berkenaan tidak boleh dilakukan.

Jika tidak terdapat unsur berkenaan, maka ia kembali kepada hukum asal yakni berdasarkan keberkesanan. Kaedah maqasid menyatakan:

Maslahat-maslahat dan kerosakan-kerosakan yang melibatkan urusan keduniaan diketahui daripada tajarrub (pengalaman, eksperimen) serta adat.

Perbuatan menggunakan telur dengan telur diurut pada tempat sakit tersebut dengan bacaan ayat al-Quran adalah harus selagi mana tidak disertai dengan unsur-unsur syirik dan khurafat khususnya dari sudut praktikalnya.
Ruqyah (jampi) dalam bahasa Arab bermaksud menuturkan perkataan ruqyah (permohonan) tertentu untuk mendapatkan manfaat daripadanya atau memudaratkan dengannya.

Sebahagiannya menepati kehendak syarak dan sebahagiannya bertentangan dengan syarak.

Oleh itu, ruqyah boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

Ruqyah syar‘iyyah iaitu kata-kata yang bertepatan dengan syarak bagi tujuan pengubatan dan kesejahteraan atau kebaikan.

Ruqyah syirkiyyah pula adalah kata-kata seruan, mantera dan serapah yang diucapkan dan bercanggah dengan syarak untuk tujuan penyembuhan penyakit atau lain-lain (contohnya dengan memuja jin dan roh-roh jahat).

Para ulama bersepakat bahawa harus berikhtiar menggunakan ruqyah sekiranya memenuhi tiga syarat berikut:

Menggunakan ayat-ayat al-Quran atau nama-nama Allah atau sifat-sifat-Nya, atau menggunakan bahasa Arab atau selainnya akan tetapi difahami maknanya yang diharuskan syarak.

Ini bermakna ruqyah atau jampi yang tidak diambil dari al-Quran dan hadis-hadis yang berkaitan, seperti menggunakan jampi daripada orang soleh, para ulama dan orang berpengalaman dalam bidang pengubatan adalah dibolehkan, walaupun lafaznya tidak dalam bahasa Arab, dengan syarat difahami maknanya dan tidak mengandungi unsur syirik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI