fbpx

Makin ramai pesakit kanser jumpa doktor berada di tahap tiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. MURALLITHARAN

MELAKA – Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) mendedahkan sebanyak 90 peratus daripada pesakit kanser datang mendapatkan rawatan di hospital setelah berada di tahap tiga.

Pengarah Urusan NCSM, Dr. M. Murallitharan berkata, situasi itu dilihat sebagai pasca atau kesan akibat pandemik Covid-19 yang menyebabkan ramai pesakit tidak tampil mendapatkan rawatan awal.

Ujarnya, jumlah tersebut bagaimanapun dijangka akan terus meningkat dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kalau sebelum ini, lebih kurang 90 peratus pesakit dapat dikesan menghidap kanser pada tahap awal iaitu satu dan dua, tetapi sejak tahun lalu kita menerima jumlah peratusan sama melibatkan mereka yang telah berada pada tahap empat.

“Antara penjelasan yang diterima daripada pesakit adalah mereka tidak dapat pergi ke hospital kerana Covid-19 dan kita jangka perkara ini akan terus dihadapi sehingga lima tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Video Lagu Saya Anak Malaysia Untuk Kebajikan Pemandiri Kanser yang dihasilkan NCSM bersama Etiqa di Ayer Keroh, di sini, semalam.

Tambahnya, jumlah pesakit kanser usus direkodkan naik secara mendadak melibatkan mereka yang berusia awal 20-an sehingga 40-an.

Mengulas lanjut beliau berkata, susulan kebimbangan itu, NCSM telah melaksanakan pelbagai program inisiatif melibatkan ujian saringan kepada orang ramai khususnya golongan wanita.

“Meskipun kebanyakan program adalah untuk kanser payudara tetapi kita juga ada melakukan saringan bagi kanser lain seperti usus, di Melaka sahaja sudah mencecah lebih daripada 8,000 orang.

“Pada masa yang sama usaha meningkatkan kesedaran mengenai kanser ini telah meliputi hampir 30,000 orang di seluruh negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI