fbpx

Jepun lancar misi ‘Sniper’ ke Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROKET H2-IIA membawa SLIM dan objek lain dilancarkan dari Pusat Angkasa Tanegashima, Pulau Tanegashima hari ini. – AFP

TOKYO, Jepun –  Jepun melancarkan misi ‘Moon Sniper’  hari ini ketika negara berkenaan bangkit kembali daripada pelbagai masalah yang dihadapi baru-baru ini.

Hanya Amerika Syarikat (AS), Russia, China dan sejak bulan lalu, India berjaya mendaratkan kenderaan penjelajahan di permukaan Bulan. Dua misi serupa Jepun sebelum ini gagal termasuk satu misi kerajaan dan satu lagi  swasta.

 Ditonton oleh 35,000 orang secara online, roket H2-IIA yang membawa kenderaan itu berlepas dari Pulau Tanegashima, selatan Jepun pagi tadi dan dijangka mendarat di permukaan Bulan awal 2024.

Kenderaan penjelahan Bulan dinamakan SLIM itu dan satelit penyelidikan angkasa XRISM buatan agensi angkasa lepas AS dan Eropah berpisah dengan roket H-2IIA tidak lama kemudian.

Pelancaran misi tersebut telah ditangguhkan sebanyak tiga kali sebelum ini kerana cuaca buruk. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI