fbpx

Dua rakan dipenjara angkara curi Nescafe, minyak wangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsuddin (dua dari kanan) dan Muhammad Syahril Iman (dua dari kiri) dikenakan hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Gara-gara mencuri Nescafe dan minyak wangi di sebuah kedai serbaneka 24 jam, seorang jurujual lelaki dikenakan hukuman penjara 16 bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Pada prosiding sama, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan denda RM2,500 ke atas seorang pekerja hotel bagi kesalahan serupa.

Hukuman itu diputuskan Majistret Siti Nora Sharif selepas tertuduh, Muhammad Shamsuddin Mohd. Zakirin, 30, dan Muhammad Syahril Iman Razman Hayaddi, 22, mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Shamsuddin yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya didakwa mencuri satu unit Nescafe Arabica 100 gram daripada milikan kedai 7-Eleven Store di Taman Ipoh Boulevard Timur, Ipoh pada pukul 8.58 pagi, 31 Ogos 2023.

Muhammad Shamsuddin juga berdepan hukuman penjara tiga bulan lagi jika gagal membayar denda berkenaan.

Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Shamsuddin didakwa bersama Muhammad Syahril Iman mencuri satu unit Nescafe Arabica 100 gram, satu unit Dashing Pocket EDT Cool Aqua, Dashing Pocket EDT Style Legend (1), Romano Pocket EDT Metro Pulse (1) dan Romano Pocket EDT Force (1).

Kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan itu dilakukan di lokasi sama pada pukul 12.18 malam, 2 September lalu.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan denda RM2,500 kepada setiap tertuduh serta tambahan tiga bulan penjara jika gagal membayar denda. Hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap Sabtu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI