fbpx

Agong zahir keenakan makanan tradisi Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mencuba makanan tradisi Sabah ketika lawatan ke Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) sempena Kembara Kenali Borneo di Penampang hari ini. - Foto ihsan Jabatan Penerangan

PENAMPANG – “Makanan Sabah cukup enak. Tetapi masih lagi saya baru-baru kenallah dengan makanan Sabah,” titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah demikian ketika disapa media sewaktu lawatan ke Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) sempena Kembara Kenali Borneo di daerah Penampang hari ini.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan keluarga diraja pada pukul 9.30 pagi yang disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya dan Pemimpin Tertinggi (Huguan Siou) Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Tunku Azizah berkenan memperlihatkan kemahiran memasak
ketika lawatan ke Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) sempena Kembara Kenali Borneo di Penampang hari ini. – Foto ihsan Jabatan Penerangan

Baginda berdua berkenan melawat beberapa rumah tradisi yang terdapat di dalam perkampungan budaya KDCA selain menonton persembahan tarian tradisional dan mencuba sendiri beberapa makanan tradisi Sabah.

Antara makanan tradisi yang disantap termasuklah ambuyat, hinava, hinompuka, nanggiu.

Dalam pada itu, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan memperlihatkan kemahiran memasak baginda ketika melawat rumah Dusun Tatana.

Sementara itu, baginda berdua serta paduka anakanda kemudiannya mencuba aktiviti menyumpit dan menyaksikan demo permainan lansaran di rumah tradisi Murut.

Terdahulu, rombongan Kembara Kenali Borneo di Sabah meneruskan perjalanan ke Sindumin, Sipitang sebelum ke negeri Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI